Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera di Kota Kinabalu
article printer email
Tarikh Berita : Isnin, 17 September 2018
KOTA KINABALU, 17 Sep 2018 - Siri Ketiga “Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera” bersama YB Tuan Haji Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini.

Konvensyen ini berperanan sebagai platform penting kepada golongan usahawan Bumiputera Sabah untuk menyuarakan pandangan serta idea mereka dalam usaha untuk memperkasakan pembangunan usahawan bumiputera.

Panel sesi dialog di konvensyen ini terdiri daripada YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha MED dan telah dihadiri oleh seramai lebih 500 orang usahawan daripada pelbagai sektor dan bidang di negeri Sabah. Ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif MED untuk berkongsi dan mendapatkan pandangan, mendekati isu-isu serta menjalinkan hubungan lebih erat di antara MED dengan usahawan tempatan.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal