Siri Kedua Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera
article printer email
Tarikh Berita : Khamis, 13 September 2018
KOTA BHARU, 13 Sept 2018 - Siri kedua “Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera” bersama Menteri Pembangunan Usahawan, YB Tuan Haji Mohd Redzuan Md Yusof telah berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada hari ini.

 Konvensyen ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), susulan daripada resolusi “Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018” yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 September 2018. 

Konvensyen ini telah menyediakan ruang untuk usahawan-usahawan Bumiputera Kelantan daripada pelbagai sektor untuk menyuarakan pandangan serta idea mereka dalam usaha memperkasakan pembangunan usahawan Bumiputera. 

 Siri konvensyen yang seterusnya akan diadakan di Kota kinabalu pada 17 September 2018, dan diikuti oleh negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal