Kereta nasional baharu bakal pacu usahawan tempatan berkualiti
article printer email
Tarikh Berita : Khamis, 04 Oktober 2018
Idea YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan sebuah kereta nasional baharu dijangka akan dapat membangun dan meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat vendor tempatan terutamanya syarikat Bumiputera yang terkesan daripada isu-isu Original Equipment Manufacturer (OEM) yang dihadapi kini.

Projek ini juga dapat menjadi alternatif kepada vendor-vendor sedia ada supaya tidak hanya bergantung kepada OEM tempatan seperti Proton, Perodua dan Honda. Malah, dengan pembangunan kapasiti dan daya saing vendor-vendor tempatan, pemindahan teknologi yang diadaptasi boleh digunapakai dalam industri bernilai tinggi yang lain seperti aeroangkasa, rel, perkapalan dan juga industri minyak dan gas.

Konsep projek kereta nasional baharu perlu di pacu oleh syarikat swasta dan dipantau oleh Kerajaan dalam memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar. Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) merupakan platform terbaik untuk mewujudkan kerjasama antara industri dan kerajaan secara inklusif berperanan sebagai penyelaras kepada agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang berkaitan seperti MED, MESTECC, MITI dan lain-lain.

MED selaku Kementerian yang menerajui pembangunan vendor akan melaksanakan kerjasama G2G (Government to Government) dengan negara-negara seperti Jepun, Jerman dan Korea yang meliputi inisiatif pembangunan kapasiti sumber manusia dan juga pemindahan teknologi. Kementerian akan bekerjasama dengan pihak industri untuk mengenalpasti pekerja tempatan yang berkeupayaan untuk ditempatkan di syarikat-syarikat automotif terkemuka dunia. On-the job training ini akan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai best practices dan budaya kerja yang efisyen dan produktif.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal