MED sedang rangka polisi Dasar Keusahawanan Negara yang inklusif dan kompetitif
article printer email
Tarikh Berita : Ahad, 21 Oktober 2018
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sedang merangka polisi mengenai Dasar Keusahawanan Negara yang inklusif dan kompetitif selaras dengan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) pada 18 Oktober lepas.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ini merupakan agenda baharu negara dalam pembangunan keusahawanan yang komprehensif dan bersepadu yang akan menumpukan kepada golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan usahawan sosial ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat. 

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1656293
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal