Menteri MED sampaikan Anugerah PUNB Biz Challenge 2018
article printer email
Tarikh Berita : Selasa, 30 Oktober 2018
Kuala Lumpur, 30 Okt - YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri MED telah menyampaikan Anugerah PUNB Biz Challenge 2018 Edisi ke-4 yang bertemakan ‘Pemerkasaan Usahawan Muda Bumiputera’ anjuran PUNB di Dewan Odyssey, Mercu UEM, KL Sentral hari ini.

Edisi kali ini memberi fokus kepada konsep perniagaan baharu, berbeza atau berpotensi dikomersialkan didalam sektor peruncitan.

Pemenang anugerah tempat pertama dirangkul oleh MyFizro Enterprise membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,000. Manakala tempat kedua dirangkul oleh Pau Halim Enterprise membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 serta  tempat ketiga dirangkul oleh Ferryich Sdn. Bhd; RM30,000. Sementara itu, 22 pemenang sagu hati menerima wang tunai sebanyak RM3,000.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : online
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal