Utama › Pelbagai
› Berita › Rata-rata rakyat belum sedia terima ICERD, kata Redzuan
Rata-rata rakyat belum sedia terima ICERD, kata Redzuan
Tarikh Berita : Khamis, 08 November 2018
SHAH ALAM: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof secara peribadi berpandangan rakyat rata-ratanya belum sedia menerima pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi PPBM berkata dia akan menyokong pengesahan perjanjian antarabangsa itu jika ia menguntungkan kaum majoriti.