Menteri MED Lancar Rangka Kerja Keusahawanan Nasional
article printer email
Tarikh Berita : Khamis, 22 November 2018
Kuala Lumpur, 22 Nov - Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hari ini melancarkan Rangka Kerja Keusahawanan Nasional atau National Entrepreneurship Framework (NEF) yang merupakan sebuah dokumen strategik keusahawan Negara. Rangka Kerja ini mengandungi 21 objektif strategik yang dirangkumkan di dalam empat (4) teras strategi utama meliputi pelbagai sektor keusahawanan di dalam Negara.  

NEF ini merupakan panduan dalam penyediaan satu Dasar Keusahawanan Negara yang lebih menyeluruh yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2019. Selain itu, NEF juga menjadi landasan penting untuk membantu Kementerian  mencapai objektif dan sasaran Kementerian dalam pembangunan usahawan seperti meningkatkan sumbangan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) sebanyak 41%  kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020, mencipta 1 juta pekerjaan dalam tempoh 5 tahun, melahirkan 50,000 usahawan yang mampu membuka 200,000 peluang pekerjaan setahun, melatih 50,000 graduan setahun dalam bidang keusahawanan, sumbangan eksport PKS sebanyak 23% pada 2020 dan pulangan sebanyak RM50 bilion oleh pihak koperasi pada 2020.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal