Ketua bahagian Bersatu Melaka undi tak percaya pada menteri - Sumber
article printer email
Tarikh Berita : Ahad, 27 Januari 2019
Tekanan memuncak terhadap Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, kata sumber yang mendakwa pengerusi Bersatu Melaka itu telah mendapat undi tidak percaya.

Sumber memberitahu Malaysiakini tekanan memuncak terhadap Redzuan pada mesyuarat Jumaat lalu.

"Ia merupakan undi sebulat suara daripada ketua-ketua bahagian, saya diberitahu pemimpin tempatan tidak begitu senang dengan Redzuan. 

"Hal ini telah dibawa kepada pengetahuan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan (Pengerusi) Dr Mahathir Mohamad," kata sumber yang rapat dengan majlis tertinggi parti itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Redzuan dan Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya bagi mendapatkan ulasan.

https://www.malaysiakini.com/news/461956?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal