Pembiayaan TEKUN Nasional 'tali hayat' usahawan kembang perniagaan
article printer email
Tarikh Berita : Sabtu, 09 Mac 2019
TANAH MERAH, 9 Mac (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bukan sahaja telah banyak membantu usahawan kecil, malahan pinjaman yang disalurkan telah menjadi ‘talian hayat’ kepada usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Perkara ini diakui oleh seorang usahawan, Nor Riza Ya, 41, yang berasal dari Taman Mesra, Gua Musang bahawa pembiayaan TEKUN Nasional memberi peluang kepadanya untuk memperbesarkan perniagaan hiasan dalam yang diusahakan sejak 2008.

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1703069
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal