Bahagian Pembangunan Koperasi dan Francais Usahawan
article printer email
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOPERASI DAN FRANCAIS USAHAWAN 

Objektif
  • Menggubal dan menyelaras input dasar berkaitan sektor koperasi dan usahawan francais selaras dengan hala tuju dan polisi Kementerian.
  • Memperkukuh kerangka perundangan sektor koperasi dan francais bagi memperkasa gerakan koperasi dan usahawan francais agar dapat berdaya saing dan berdaya maju.
  • Mewujudkan satu ekosistem yang kondusif bagi usahawan-usahawan sektor koperasi dan francais.
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sektor koperasi dan francais sebagai salah satu cabang untuk meningkatkan ekonomi rakyat.

SEKSYEN PEMBANGUNAN KOPERASI
  1. Membangun dan memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia melalui program pembangunan koperasi yang bersasar dan dinamik.
  2. Menyelaras, memantau dan mengawal selia pelaksanaan pengurusan hal ehwal pentadbiran termasuk arahan-arahan kabinet dan Kementerian serta melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar pembangunan koperasi.
  3. Memantau dan menyelaras program dan aktiviti-aktiviti koperasi di peringkat Agensi [Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Bank Rakyat] di bawah Kementerian.
  4. Menyediakan dan menyelaras maklum balas daripada agensi-agensi di bawah Kementerian mengenai pelaksanaan strategi-strategi dan program-program berkaitan sektor koperasi.

SEKSYEN PEMATUHAN DAN PENILAIAN
Fungsi
  1. Memantau dan mengawal selia pematuhan agensi kepada perundangan berkaitan koperasi.
  2. Menilai dan mengambil tindakan terhadap aduan dan rayuan berkaitan koperasi.
  3. Menilai keberkesanan program pembangunan koperasi
  4. Menyelaras laporan outcome pelaksanaan program yang disediakan oleh agensi.

SEKSYEN FRANCAIS USAHAWAN
Fungsi
  1. Menyediakan platform untuk latihan pembangunan francais
  2. Pemudahcara di antara usahawan-usahawan baharu yang berminat menceburi bidang francais dengan pemain pasaran (market player)- francais
  3. Menyelia program promosi francais dalam dan luar negara
  4. Menyelaras kerjasama strategik dengan Agensi yang berkaitan francais
  5. Membudayakan keusahawanan francais di kalangan mahasiswa.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal