Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
article printer email
DATO' MOHD RODZWAN BIN MOHD BABA SAKRI

PERANAN CIO
 
+ Memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian yang mengandungi
perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat Kementerian;

+ Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara Agensi
bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;

+ Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh
dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;

+ Menentukan hala tuju sistem aplikasi Kementerian bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan,
penyelenggaraan dan pengoperasian;

 
+ Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah
bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam
atau luar Kementerian;

+ Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau Jawatankuasa Utama yang
menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha;

+ Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik kementerian 
dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change); dan

+ Memimpin dan melibatkan Kementerian dalam usaha-usaha Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan
projek IT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.
Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : online
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal