Tatacara Permohonan SE Asas, SE.A dan SE.A Plus
article printer email
Tahap I - Akreditasi SE Asas

Untuk dipertimbangkan sebagai SE Asas, pemohon perlu membuat permohonan melalui platform atas talian SE.A MED.

Pemohon perlu mewujudkan akaun asas dan mengisi borang yang disediakan. Borang ini akan disemak dan sekiranya lengkap, pemohon SE akan diberikan status SE Asas dan notifikasi status permohonan dimaklumkan melalui platform SE.A MED dan e-mel. (Pautan Platform SE.A MED)


Tahap II - Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A)

Untuk layak diakreditasi sebagai SEA, pemohon perlulah diiktiraf sebagai SE Asas terlebih dahulu.

Selepas menerima pengiktirafan SE Asas, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang lengkap untuk tujuan audit. Dokumen yang lengkap perlu ditanda tangani oleh SE dan dimuat naik ke platform SE.A MED untuk tujuan penilaian.

Selepas menerima kelulusan daripada pihak Jawatankuasa, SE akan dianggap sebagai SE.A yang telah diiktiraf. Notifikasi kelulusan akan dilakukan melalui e-mel dan sijil akreditasi akan dikeluarkan kepada SE yang diluluskan.

 
Tahap III - Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Plus

Untuk memohon SEA Plus, pemohon perlu memperolehi pensijilan akreditasi SE dari MED (sijil fizikal dijana daripada platform SEA MED selepas kelulusan Jawatankuasa).

Seterusnya, permohonan perlu dibuat kepada Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan kelulusan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.


Kongsi Halaman Ini :
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal